Wednesday, March 10, 2010








Caj wad dimansuhkan

Mulai 1 April, Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap kakitangan dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Pemansuhan bayaran wad ini tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai. Ini menunjukkan tindakan kerajaan yang prihatin .Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan.


Lihatlah sekarang, Kerajaan sungguh baik hati kerana prihatin pada rakyat mansuh caj wad untuk kakitangan kerajaan. Langkah kerajaan ini juga memberi kebaikan kepada rakyat yang berpendapatan rendah. Ini menunjukkan Dato Seri Najib pentingkan rakyat seperti dalam slogannya "Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan" bagi memberikan kemudahan rawatan hospital kerajaan kepada pegawai dan pesara. "Terima kasih kepada PM" kita kerana prihatin. Bolehlah, duit tersebut boleh digunakan untuk keperluan lain. Ini berlainan dengan caj kemasukan hospital swasta yang mengenakan bayaran tinggi. Dengan adanya pemansuhan caj wad ini mengalakkan pegawai dan pesara mendapatakan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.



Sumber maklumat : Utusan malaysia















No comments:

Post a Comment